Home Ekonomi China buat siasatan anti-lambakan terhadap Malaysia

China buat siasatan anti-lambakan terhadap Malaysia

SHANGHAI – China melancarkan siasatan anti-lambakan ke atas import polifenilena sulfida dari Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Malaysia hari ini.

Siasatan tersebut hasil daripada permintaan pengilang-pengilang  kejuruteraan plastik tempatan dan akan memfokus kepada kemungkinan lambakan dan kerosakan terhadap industri tempatan bermula 2015 sehingga 2018.

Siasatan mungkin berlangsung selama setahun setengah, kata Kementerian Perdagangan dalam satu kenyataan di laman webnya.- Reuters