CALIFORNIA – Seorang bayi dengan berat 245 gram, dipercayai paling kecil yang hidup ketika dilahirkan telah dibenarkan keluar hospital.
Bayi Saybie dilahirkan seberat sebiji buah epal besar ketika dilahirkan ketika berusia 23 minggu dalam kandungan pada Disember tahun lalu.
Bertarung untuk hidup, bayi itu kemudian dipindahkan ke unit penjagaan rapi di Hospital Sharp Mary Birch di San Diego, California.
Pada awal kelahirnya, para doktor memaklumkan Saybie hanya boleh hidup beberapa jam sahaja.
Tetapi selepas lima bulan, Saybie dibenarkan keluar hospital dengan berat 2.5 kilogram, melepasi semua jangkauan.
Seorang jururawat yang menjaga Saybie ketika bayi itu bertarung untuk hidup berkata, si kecil itu adalah satu keajaiban.
Tiniest Babies Registry yang diuruskan oleh University of Iowa berkata, Saybie adalah bayi paling kecil yang melepasi tahap pramatang.
Rekod sebelum ini dipegang oleh seorang bayi perempuan dari Jerman yang lahir seberay 252 gram. – MalaysiaGazette