Home Nasional Kamaruddin melawat adik Syamil

Kamaruddin melawat adik Syamil

Kamaruddin (dua dari kiri) melawat Muhammad Syamil di kediaman bayi itu baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar telah meluangkan masa melawat Muhammad Syamil Ahnaf yang menghidap penyakit kegagalan hati berfungsi atau biliary atresia sejak lahir di kediamannya baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan turut bertanya khabar untuk mengetahui tahap kesihatan bayi berusia setahun tiga bulan itu.

Dalam kunjungannya itu, beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada bapa Syamil, Mohd. Soofian Ahmad.

Turut melawat kanak-kanak malang itu anggota Biro Kebajikan Wanita UMNO Bahagian Bandar tun Razak.

Artikel mengenai nasib Syamil dilaporkan oleh MalaysiaGazette pada 23 Mei lalu.

WhatsApp Image 2019-05-31 at 16.28.02Selain biliary atresia, Syamil turut mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, jantung tidak kuat dan tulang rapuh.

Mohd. Soofian, 46, mengakui keluarganya berdepan kesukaran hidup kerana kos rawatan dan ubatan Syamil sahaja memcecah RM1,500 sebulan

Dia yang bekerja sebagai pengawal peribadi terpaksa mengambil cuti dua bulan tanpa gaji sejak awal April lalu manakala isterinya tidak bekerja sejak awal tahun ini untuk memberi tumpuan menjaga Syamil.

Mohd. Soofian turut memberitahu dia sudah dimaklumkan oleh doktor bahawa kos pembedahan Syamil dianggarkan mencecah RM250,000.

Dia berkata, doktor mencadangkan anaknya itu menjalani pembedahan pemindahan hati di hospital di China yang memiliki kepakaran terbaik di sana berkaitan penyakit hati.

Jelasnya, segala pengesahan mengenai pembedahan itu akan dibuat doktor bagi melakukan pemeriksaan ke atas Syamil selepas Aidilfitri nanti. – MalaysiaGazette

WhatsApp Image 2019-05-29 at 23.37.11
Turut melawat Muhammad Syamil adalah Biro Kebajikan Wanita UMNO Bahagian Bandar tun Razak.