Home Ekonomi Harga runcit RON97 kekal selama dua minggu

Harga runcit RON97 kekal selama dua minggu

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan harga runcit RON97 selama dua minggu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Selepas 14 Jun 2019, penetapan harga runcit produk petroleum ini akan kembali kepada asal di mana penetapan akan dibuat secara mingguan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sehubungan itu, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 1 Jun 2019 sehingga 14 Jun 2019.

Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 13 sen seliter iaitu daripada RM2.76 seliter kepada RM2.63 seliter.

Harga runcit petrol RON95 (yang sepatutnya RM2.33 seliter) dan diesel (RM2.40 seliter) kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Penurunan ini berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

Harga RON95 dan diesel dikekalkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Jun 2019 sehingga 14 Jun 2019 adalah berjumlah RM165.27 juta. – MalaysiaGazette