Home Nasional Beri diskaun tol semasa pengguna sudah sampai kampung – Najib

Beri diskaun tol semasa pengguna sudah sampai kampung – Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pemberian rebat tol pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pelik kerana diskaun diberikan ketika rakyat sudah sampai kampung.

Bekas perdana menteri itu berkata, pada tahun 2017 semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN), PLUS menawarkan diskaun tol sehingga 30 peratus selama enam hari dalam usaha mereka bagi mengimbangkan trafik dan mengurangkan kesesakan dan pengguna dapat berjimat.

Pada tahun 2016, PLUS memberi diskaun tol sehingga 30 peratus untuk 3 hari dan 2015 lagi dashyat, apabila PLUS memberi diskaun sehingga 50 peratus untuk 6 hari.

“Tetapi tahun 2019 di bawah PH ini sangat berbeza. Diskaun cuma diberi satu hari sahaja iaitu hari pertama Hari Raya dan itupun sebanyak 20% sahaja.

“Kerajaan PH ini amat pelik. Sebelum PRU cakap berdegar-degar. Mereka cadang nak bagi tol percuma hanya pada waktu malam pada ketika tak ramai guna lebuhraya.

“Untuk Hari Raya kali ini, bagi diskaun pada ketika rakyat dah sampai kat kampung. Sebenarnya diskaun ni untuk siapa? Atau acah acah prihatin?,” katanya dalam hantaran terbaharunya.

Menurut Najib, sudahlah tol tidak dimansuhkan, diskaun pula makin lama, makin tidak ada – sama dengan duit dalam dompet rakyat.

Yang ditambah kerajaan adalah jumlah kamera AES yang pernah bantah oleh Pakatan Harapan sebagai peras duit rakyat.

“Itu yang Rakyat dapat,” sindirnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.