Home Dunia Zuckerberg kekal pengerusi Facebook

Zuckerberg kekal pengerusi Facebook

Zuckerberg

ENGLAND – Cubaan pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada Mark Zuckerberg untuk berundur sebagai pengerusi Facebook gagal.

Pengasas Facebook itu dalam bagaimanapun kekal sebagai pengerusi syarikat itu.

Zucker merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah Facebook.

Pemegang kepentingan dalam syarikat Facebook berpeluang untuk mengundi menentukan kepimpinan Zuckerberg.

Bagaimanapun, Zuckerberg mengawal 60 peratus kuasa undi dan hanya akan hilang kedudukannya sekiranya beliau mengundi undi menentang diri sendiri.

Beberapa pelabur syarikat itu mendesak dia untuk berundur sebagai Pengerusi Facebook dan percaya ia nakan membantu Zucker fokus dalam operasi syarikat itu.

Salah seorang pelabur adalah Trillium Asset Management yang memiliki kepentingan saham Facebook bernilai 5.5 juta pound.

“Jika dia boleh fokus sebagai CEO, dan membiarkan individu lain untuk mempengerusikan lembaga pengarah, ia akan melicinkan lagi pengoperasian syarikat,” kata Naib Presiden Kanan Trillium, Jonas Kron kepada BBC News.

Katanya Zuckerberg boleh mengambil Larry Page dari Google dan Pengasas Microsoft, Bill Gates yang merupakan pengasas syarikat tetapi bukan memegang jawatan pengerusi sebagai inspirasi hidupnya.

Walaupun lebih setahun dilanda skandal perlindungan data pengguna Facebook telah mencapai pertumbuhan pendapatan yang lebih daripada apa yang disasarkan dan terus menerima ahli baharu dalam pentadbirannya.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan syarikat itu, Zuckerberg memilih untuk tidak menjawab pertanyataan pemegang saham mengenai kenapa dia masih belum melantik seorang pengerusi bebas Lenbaga Pengarah syarikat itu.

Bagaimanapun dia mengulangi pandangannya bahawa penyelaras syarikat harus menetapkan peraturan keperibadian dan kandungan untuk Facebook untuk diikuti pemilik akaun.

Sebilangan kecil pemprotes muncul di luar dewan AGM sambil mengecam Facebook tidak melindungi penggunanya khususnya kumpulan minoriti mendakwa suara minoriti ditapis dan dinafikan penyedia mdia sosial terbesar dunia itu. – MalaysiaGazette