NEW DEHLI – Pasukan mencari dan menyelamat semakin putus harapan dalam misi pencarian lapan pendaki gunung kedua tertinggi India, Nanda Devi yang hilang sejak runtuhan salji di pergunungan Banjaran Himalaya pada 26 Mei lepas.
Times of India melaporkan, pencarian sejak awal pagi semalam selepas pasukan penyelamat gagal menghubungi kumpulan pendaki dari Britain, Amerika Syarikat (AS), Australia dan satu warga tempatan.
Menurut jurucakap merangkap majistret di daerah Pithoragarh, Vijay Kumar Jogdanda, pihaknya telah menamatkan proses ‘recce’ udara yang dilakukan sejak pagi.
“Nampaknya kemungkinan mangsa-mangsa hilang ini hidup adalah sangat rendah. Kita sudah berpusing-pusing di ruang udara mencari mereka di kawasan pergunungan ini namun tidak nampak langsung sebarang pergerakan.
“Apa yang kita nampak hanyalah khemah-khemah sementara yang di dirikan namn tidak ada langsung kelibat manusia, itu yang kita khuatiri setakat ini. Helikopter kedua sudah mulakan misi menyelamat dan sedang lakukan pusingan ketika ini,” katanya kepada media di sini.
Bagaimanapun ketika misi mencari yang masuk hari kedua hari berjaya menemui empat pendaki British dari kumpulan lain berjaya diselamatkan dari runtuhan salji tempoh hari.
Helikopter penyelamat digunakan untuk menerbangkan kumpulan pendaki itu ke kawasan selamat selepas dikesan awal pagi tadi di kem induk berhampiran gunung kedua tertinggi India, Nanda Devi yang memiliki ketinggian 7,826 meter.
Puluhan pekerja penyelamat meneroka setiap pelusuk gunung menggunakan dua helikopter dan laluan darat bagi meneruskan misi menyelamat yang memasuki hari kedua selepas tergendala akibat cuaca buruk semalam.
Kumpulan kelapan-lapan pendaki itu dijangka menawan puncak Nanda Devi East berketinggian 7,826 meter yang bersempadan dengan China dan kembali ke kem pangkalan pada hujung minggu lalu.
Tetapi kumpulan diketuai pendaki British, Martin Moran yang sudah mendaki beberapa kali puncak ke-23 tertinggi di dunia itu, gagal melaporkan diri di kem pangkalan Munsiyari selepas memulakan pendakian pada 13 Mei.
Seorang malim gunung yang ditempatkan di kem pangkalan di utara Himalaya, Uttarakhand, berkata pendaki berkenaan gagal kembali pada 26 Mei.
Jogdande berkata, hujan lebat dan salji di rantau itu selama seminggu dan menghalang pengawasan udara.
India mempunyai 10 puncak di atas 7,000 meter termasuk Kangchenjunga iaitu ketiga tertinggi di dunia yang terletak antara India dan Nepal.
Juga rekod mendapati, kematian di pergunungan ini adalah lima kali ganda jika hendak dibandingkan dengan Gunung Everest yang tertinggi di dunia. –MalaysiaGazette