Home Sukan Saya tidak boleh tidur malam – Van Dijk

Saya tidak boleh tidur malam – Van Dijk

Virgil van Dijk FOTO: Daily Mail.

LONDON – Pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk mengaku sukar untuk tidur lena kerana terlalu gembira dengan kejayaan The Reds menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas menewaskan Spurs dalam saingan akhir di Madrid, semalam.

Bintang antarabangsa Belanda itu berkata, perasaan gembiranya yang luar biasa berlarutan apabila meraikannya bersama penyokong setia kelab itu di bandar Liverpool.

“Saya menangis di penghujung perlawanan kerana terlalu gembira dan sangat bangga dengan pasukan ini. Saya hanya tidur selama setengah jam selepas perlawanan berakhir namun ia berbaloi.

“Saya harap boleh kembali tidur lena pada malam ini,” katanya.

Semua pemain The Reds termasuk Van Dijk diarak menaiki bas khas melalui jalan di sekitar bandar Liverpool sebaik tiba dari Madrid.

Mereka disambut oleh penyokong mereka yang mahu melihat trofi kejohanan berprestij Eropah itu. – MalaysiaGazette