Home Seni Hidup Anzalna bergelar ibu

Anzalna bergelar ibu

KUALA LUMPUR – Dalam diam-diam di penghujung Ramadan ini, pelakon Anzalna Nasir telah bergelar ibu apabila selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Mei lalu.

Berita gembira ini dikongsikan menerusi Instagram suaminya, Hanif Zaki sebentar tadi.

“Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Alhamdulillah , isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki kami pada 31/5/2019, Jumaat yang lalu.

“Perasaan yang tak dapat saya gambarkan. Both baby and mummy are well and ready to rock my world, syukur,” tulis Hanif.

Sebelum ini, Anzalna berkata, dia sangat gembira ketika mengumumkan jantina bayinya itu kerana kebanyakan keluarga di sebelahnya terdiri daripada perempuan.

Anzalna, 31, dan suami, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 30, berkahwin pada 21 Februari 2016. – MalaysiaGazette