KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan kawasan yang terjejas di wilayah Kuala Langat akibat paip utama pecah di Setia Alam telah pulih sepenuhnya.
Manakala peratusan pemulihan di 35 kawasan wilayah Klang telah mencapai tahap 69 peratus sehingga jam 12 tengah hari ini, kata Kumpulan Air Selangor dalam kenyataan di sini.
“Pihak kami sedang melipatgandakan usaha bagi meningkatkan dan menstabilkan tekanan air di sistem agihan serta mempercepatkan pemulihan keseluruhan kawasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Kumpulan Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan melalui lori-lori tangki air dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih terus beroperasi hingga bekalan pulih sepenuhnya. – MalaysiaGazette