KUALA LUMPUR – Penyanyi Adibah Noor terkejut apabila fotonya digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di laman sosial.
Foto Adibah digunakan dalam profil LinkedIn seorang pengguna yang sedang mencari individu yang mahu berkhidmat dengan ‘sugar mummy’.
Perkara terbabit didedahkan oleh pengguna Twitter bernama Haffiz (@mhaffizj).
“Adibah Noor, sejak bila jadi sugar mommy hook up ni? tulis Haffiz.
Haffiz turut memuat naik paparan skrin profil LinkedIn terbabit yang menggunakan foto Adibah.
Adibah yang berang memberikan respon terhadap entri tersebut dan menyeru peminatnya untuk membuat laporan terhadap akaun terbabit.
“Cilak*k betul! Gais, minta repost this account please. Sumpah! I tak buat kerja ni! Haih!” jelas Adibah.
LinkedIn merupakan sebuah laman web jaringan sosial yang berorientasikan bisnes.
LinkedIn sering digunakan untuk jaringan profesional serta boleh juga digunakan untuk mencari pekerjaan. – MalaysiaGazette