KUALA LUMPUR – Sebuah bas ekspress dua tingkat double terbakar di tengah jalan di Kuala Terengganu hari ini.
Kejadian difahamkan berlaku sekitar lebih 2 petang tadi di Jalan bandar ke Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu.
Semasa kejadian bas bertingkat milik syarikat Sani Ekspress itu dalam perjalanan ke Kota Bharul sebelum terbakar di lampu isyarat Chalok hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok, Setiu di Jalan Kuala Terenganu- Kota Baharu.
Salah seorang pengguna awam yang kebetulan melihat kejadian tersebut sempat merakam kebakaran bas itu sebelum dikongsi netizen dalam group WhatsApp Info Kemalangan&Road Block.
Semua penumpang dalam bas bertingkat dipercayai sempat turun tanpa sebarang kecederaan kebakaran namun bilang penumpang dalam bas itu tidak dapat dipastikan lagi.
Bagaimanapun difahamkan beg milik penumpang yang diletakkan di tempat simpanan bawah tepi bas disyaki hangus dalam kebakaran itu.
Punca kekabaran bas ekspres itu belum dapat dipastikan lagi- MalaysiaGazette