Home Sukan Selamat tinggal Arsenal – Stephan Lichtsteiner

Selamat tinggal Arsenal – Stephan Lichtsteiner

Stephan Lichtsteiner. Foto BBC

LONDON – Tidak sampai setahun, pemain pertahanan Arsenal, Stephan Lichtsteiner mengucapkan selamat tinggal kelab itu selepas musim panas ini, lapor BBC.

Kapten antarabangsa Switzerland itu menyertai Arsenal pada musim panas tahun lalu menerusi perpindahan dari Juventus dengan kontrak satu tahun.

Dia yang berusia 35 tahun membuat 23 kemunculan sepanjang bersama Arsenal.

Dia turut mengucapkan selamat maju jaya buat rakan sepasukannya menerusi posting itu yang disiarkan menerusi Instagram miliknya.

“Buat Gunners. Kita hampir untuk mencipta sejarah kelab in namun nasib tidak menyebelahahi baik.

“Ia sukar untuk diterima. Saya kecewa kerana mahu menaikkan semula Arsenal,” katanya ujarnya selepas kekalahan Arsenal kepada Chelsea dalam final Liga Europa di Baku minggu lalu.