Home Seni Hidup Syafinaz rindu kad raya peminat

Syafinaz rindu kad raya peminat

Syafinaz Selamat. foto NOORASREKUZAIREY SALIM & NOOREEZA HASHIM, 23 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Ketika saat media sosial menjadi pengganti kepada kiriman ucapan raya tradisional, penyanyi Datuk Syafinaz Selamat mengakui dia merindui kiriman kad daripada peminat bagi meraikan hari mulia Aidifitri.

Bagi guru vokal itu, dia masih bersifat tradisional kerana budaya menghantar kad raya dirasakan lebih ikhlas dalam menghargai insan-insan tersayang.

Kata wanita berusia 46 tahun itu, ia sekali gus menyemai semula nilai sentimental dan perasaan gembira apabila menatap sendiri kiriman kad raya yang memang dibuat khusus peminatnya.

MGF23052019_POSEUP ERNIE&SYAFINAZ__73
Syafinaz Selamat

“Bila umur 16 tahun saya sudah keluar album. Waktu itu peminat masih kirim surat dan kad raya berguni namun sekarang sudah tiada.

“Sekarang zaman media sosial dan Instagram pun saya baru ada tahun lalu,” katanya kepada MalaysiaGazatte baru-baru ini.

Syafinaz turut berkongsi pengalaman menyambut Aidilfitri ketika zaman kanak-kanak yang tidak dilupakannya.

“Masa kecil saya jarang keluar untuk beraya tapi kalau dapat keluar, saya kumpul duit raya. Walaupun tidak dapat selalu pergi beraya, gembira lain macam,” katanya. – MalaysiaGazette