Home Ekonomi Harga minyak mentah naik 1%

Harga minyak mentah naik 1%

Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak naik sekitar 1 peratus pada hari ini untuk bergerak lebih jauh dari paras terendah lima bulan yang berlaku awal minggu ini,

Kenaikan itu dipacu oleh laporan bahawa Amerika Syarikat (AS) menangguhkan tarif perdagangan di Maxico dan wujud tanda-tanda OPEC dan pengeluar minyak lain akan melanjutkan pemotongan bekalan minyak mentah.

Niaga hadapan West Texas Intermediate naik AS$0.50 atau 1peratus pada AS$53.09 setong selepas dagangan naik pada AS$53.33 setong dan berakhir pada sesi sebelumnya dengan kenaikan 1.8 peratus.

Pada dagangan semalam, Brent dan WTI susut pada paras terendah sejak pertengahan Januari, masing-masing pada AS$59.45 dan AS$50.60 setong selepas pengeluaran minyak mentah AS merekodkan paras tertinggi baharu dan stok melonkak kepada kedudukan tertinggi sejak Julai 2017.

Tetapi kemudian, kedua-dua kontrak berada pada wilayah pasaran menurun – mencapai kerugian lebih daripada 20 peratus daripada kemuncak pada akhir April ini. – MalaysiaGazette