KUALA LUMPUR – Seolah-olah wujudnya dua ‘kem’ dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila satunya menyokong lantikan Latheefa Koya sebagai Pesuruhajaya SPRM manakala satu lagi tidak berpuas hati.
Terbaharu, Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Syah Syed Osman menggesa bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty yang selama ini bersuara lantang tentang intergriti pelbagai pihaknya seharusnya berani melatak jawatan kerana kini intergritinya sendiri dipersoal.
Kata Syed Badli dalam kenyataan sebentar tadi, Latheefa perlu melepaskan jawatan nombor satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan dirinya bermaruah dan berintegriti.
“Sebagai induvidu yang sering mempertikaikan salahlaku dan integriti pelbagai pihak, Latheefa harus menzahirkan pendirian beliau dengan menolak jawatan tersebut.
“Ternyata pelantikan tersebut tidak mengiku saluran yang betul tanpa melalui konsultasi Jawatankuasa Khas Parlimen apatah perbincangan dalam majlis Presiden Pakatan Harapan.
“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri akui beliau telah melantik Latheefa tanpa perlu merujuk kepada kabinet terlebih dahulu,” katanya.
Syed Badli menyambung kenyataannya sambil berkata pelantikan seperti ini tidak boleh dijadikan amalan dalam kerajaan PH kerana rakyat akan mempertikaikan ketelusan dalam prosedur lantikan jawatan kanan kerajaan selepas ini.
“Sebenarnya kita harus lebih peka dengan kehendak rakyat khususnya dalam menzahirkan janji manifesto seperti yang termaktub dalam Janji ke-14 Buku Harapan dengan jelas menyatakan bahawa di bawah kerajaan PH, SPRM akan melapor terus kepada Parlimen dan bukan lagi kepada Perdana Menteri.
“Justeru itu saya menggesa Latheefa untuk meletakkan jawatan serta merta sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM jika beliau bermaruah,” tegasnya.
Semalam Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melahirkan rasa gusar dengan pelantikan ini yang langsung tidak diketahui olehnya selain daripada melanggar janji dalam manifesto.
Bagaimanapun, Ketua Wanita PH, Zuraida Kamaruddin berkata pelantikan itu bertepatan kerana Latheefa adalah seorang yang mampu membawa aspirasi negara bebas rasuah menjadi realiti malah menyokong penuh lantikan Tun Dr Mahathir.
Pemimpin DAP seperti Ramkarpal Singh menyatakan lantikan sebegini mampu merencatkan harapan rakyat selain daripada pimpinan dalaman PH sendiri apatah lagi janji termaktub dalam manifesto.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew pula bertindak menandatangani petisyen yang mendesak Latheefa berundur kerana prinsip reformasi yang diperjuangkan selama ini seolah-olah hilang integritinya.
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu merangkap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pula yakin dengan setiap keputusan yang diambil oleh Tun Mahathir malah yakin prestasi Latheefa akan dinilai jika hasrat itu tidak dipenuhi pada masa hadapan.
Hampir setiap hari sejak pengumuman lantikan Latheefa di umumkan, pelbagai reaksi khasnya negatif dalam kalangan pimpinan dan penyokong PH melahirkan rasa terkejut, terkilan, kecewa tidak kurang ada juga menyokong keputusan ini. –MalaysiaGazette