KUALA LUMPUR – Syawal ke-empat hari ini, Zahira McWilson dan Aiman Hakim Ridza mengikat tali pertunangan.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Aiman,30 menerusi Instagramnya sebentar tadi.
Zahira juga memuatnaik gambar menunjukkan cincin di jari manisnya beserta kapsyen ‘Engaged’.
Majlis pertunangan itu diadakan di kampung Zahira di Perth Australia.
April yang lalu, Zahirah, 25 memberi bayangan bakal bertunang dengan Aiman tidak lama lagi apabila mendedahkan aktor lelaki itu sudah pun bertemu dengan ibu bapanya.
Kedua-dua selebriti itu kelihatan mula menjalin cinta sejak Disember tahun lalu.-MalaysiaGazette