Home Ekonomi Pertumbuhan eksport April tahun lalu 14% tapi Guan Eng kata negara lingkup...

Pertumbuhan eksport April tahun lalu 14% tapi Guan Eng kata negara lingkup – Najib

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir Lim Guan Eng selepas Menteri Kewangan itu menyatakan ekonomi negara memberangsangkan susulan data eksport bagi bulan April tahun ini naik 1.1 peratus.

Bekas perdana menteri dan menteri kewangan itu berkata, untuk pengetahuan Guan Eng kadar pertumbuhan eksport pada bulan April pada tahun lalu adalah 14 peratus.

“Untuk seluruh tahun 2017, purata pertumbuhan eksport negara setiap bulan adalah 18.9 peratus,” katanya.

Tetapi, menurut Najib, ketika itu Guan Eng mendakwa ekonomi negara dalam krisis dan negara sudah melingkup.

Artikel berkaitan: Eksport April naik

“Dia ini sedar tak bahawa 14% adalah lebih besar dari 1.1%?,” sindir Najib yang menyifatkan Guan Eng menteri kewangan lain dari yang lain. – MalaysiaGazette