KUALA LUMPUR – Ketika umat Islam l meraikan Aidilfitri penuh kegembiraan, pelakon Fattah Amin menerima dugaan apabila kehilangan datuk kesayangannya pada Jumaat lalu.
Menerusi entri yang dimuat naik suami pelakon dan penyanyi, Fazura dalam Instagram miliknya, Fattah berkongsi rasa duka apabila kehilangan datuknya, Musa Omar.
“Maka dibawa bersama kenangan ketika kecil seringkali dibawa berjalan naik motor belakang atok untuk ikut pergi ‘mengopi’.
“Kenangan duit rayaku dimasukkan terus di dalam poket bukan sampul raya, kenangan jadi cucu yang paling dimanjakan kerana ‘cucu sulung’ maka kenangan itu menghiasi sulam memori indah ketika kecil akan terpahat sehingga hari-hari mendatang Insya-Allah.
“Moga pemergian atok ku Musa Omar di hari penghulu segala hari di muliakan tempatnya di kalangan orang yang beriman… Amin,” tulis Fattah. – MalaysiaGazette