Home Nasional Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila terjatuh ke dalam sungai di Kampung Tebobon di sini, malam tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.22 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikenali sebagai Mohd. Putra Dennil berusia tiga tahun empat bulan,” katanya.

Anggota BBP seterusnya membuat pencarian di sekitar sungai seperti yang dilaporkan oleh keluarga mangsa sebelum operasi dihentikan.

Operasi mencari disambung semula pada pukul 9.45 pagi ini. – MalaysiaGazette