Home Nasional Orang awam tangkap peragut beg tangan

Orang awam tangkap peragut beg tangan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang peragut ditangkap apabila gagal melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita warganegara China pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, polis menerima laporan pada jam 9 malam berhubung kes berkenaan.

“Suspek merupakan lelaki tempatan berumur 23 tahun ditangkap oleh orang awam selepas mendengar jeritan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Habibi berkata, ketika kejadian mangsa sedang melalui kawasan belakang perpustakaan lama, Jalan Gaya sebelum diragut dari arah belakang.

Katanya mangsa mendapat semula beg tangan yang mengandungi duit dan pasport antarabangsa.

Suspek direman sehingga 14 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette