Home Dunia Kekurangan bekalan bahan api di Venezuela semakin meruncing

Kekurangan bekalan bahan api di Venezuela semakin meruncing

Pengguna terpaksa beratur berjam-jam untuk mendapatkan giliran membeli petrol di Venezuela. foto Agensi

SAN CRISTOBAL – Seorang lelaki Venezuela maut selepas dibunuh ketika sedang beratur untuk membeli petrol di sebuah stesen minyak di barat negeri Merida.

Kematian lelaki berkenaan menunjukkan kesan terhadap kekurangan bekalan minyak di negara ahli OPEC itu semakin meruncing.

Orang ramai terpaksa menunjuk berjam-jam dan ada beberapa perlu beratur berhari-hari untuk membeli gas berikutan pengeluaran penapisan merosot dan import pula dihentikan.

Keadaan itu menambah kekacauan dalam negara yang mengalami keruntuhan ekonomi akibat lonjakan inflasi yang sangat besar.

Kejadian pembunuhan itu berlaku di bandar Tabay apabila berlaku pergaduhan di stesen minyak hingga menyebabkan berlaku tembakan, kata Datuk Bandar Tabay, Jose Otalora.

Individu yang terlibat pula telah mengambil minuman alkohol.

“Di tengah-tengah kekeliruan dan kekacauan dengan polis, senjata api digunakan hingga menyebabkan kematian seorang lelaki dan ada yang lain cedera,” kata Otalora.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Wilderman Paredes dan berkata lelaki yang cedera telah menerima rawatan perubatan.

Ekonomi negara sosialis dan industri minyaknya dahulu sangat berkuasa telah runtuh sejak harga minyak mentah jatuh pada tahun 2014, menyebabkan negara yang pernah mengeksport bahan api itu tidak dapat membekalkan pasaran dalamannya sendiri.

Memandangkan kekurangan semakin berlarutan pada bulan lalu, askar-askar mula mengawasi stesen minyak di beberapa bahagian negara. – MalaysiaGazette