KUALA LUMPUR – Trend pemasaran dan pembelian pengguna telah berubah seiring peredaran zaman dan teknologi. Lebih ramai pengguna mendapatkan informasi daripada Online, sekali gus mempengaruhi cara mereka membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.
Jadi golongan usahawan perlu berubah dan menggunakan platform Online (atas talian) untuk memastikan bisnes mereka terus meningkat dan kekal relevan dalam pasaran.
Situasi ini diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn. Bhd., Najib Asaddok yang menyedari betapa pentingnya untuk para usahawan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini terutamanya dalam aspek pemasaran yang lebih kepada Online.
Beliau yang terkenal sebagai Pakar Pemasaran Online dalam kalangan usahawan tempatan kini melancarkan kempen Roket Pemasaran Momentum bagi membantu 50,000 usahawan terutamanya mereka yang mempunyai perniagaan supaya dapat memahami ilmu pemasaran Online dan menarik ramai pelanggan.
Jelasnya, objektif utama kempen ini adalah membantu usahawan memahami strategi bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan mereka secara Online, menarik ramai pelanggan dan meningkatkan jualan.
“Ramai lagi usahawan yang masih belum gunakan pemasaran online sedangkan cara ini boleh bantu mempercepatkan perkembangan bisnes mereka. Dengan Formula Online Rocket Marketing kami, kempen pemasaran mereka akan lebih berkesan, jenama mereka akan lebih dikenali dan jualan mereka akan meningkat berkali ganda.”
“Menurut laporan Hootsuite yang terkini, seramai 24 juta rakyat Malaysia Online setiap hari. Ini adalah satu peluang besar yang patut usahawan rebut dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka,” kata pada sidang media khas Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019 – Nak Tarik Pelanggan di sini baru-baru ini.
Menurut Najib, angka 50,000 dipilih bersempena dengan ulang tahun ke-5 Momentum Internet pada tahun ini.
Katanya, Momentum Internet mempunyai misi membantu seramai 50,000 usahawan di Malaysia untuk membina bisnes dan menaikkan jualan mereka melalui siri kelas Roket Pemasaran Momentum yang ditawarkan pada yuran RM1 sahaja.
“Sasaran Momentum Internet adalah golongan yang telah menjalankan perniagaan. Mereka terdiri daripada Usahawan, Pemilik Bisnes, Pengasas Produk, Jurujual, Stokis dan Ejen. Kami juga fokuskan 5 jenis industri untuk dibantu seperti Fesyen, Makanan, Kesihatan, Kecantikan dan Perkhidmatan,” katanya.
Sejak 2015, Momentum Internet telah membantu lebih 38,000 usahawan di seluruh negara melalui siri kelas dan seminar, dan lebih 20% telah mereka bantu melalui kelas lanjutan.
“Peratusan yang berjaya dibimbing boleh dikatakan subjektif. Kami percaya dengan formula yang diajar kepada mereka dan peratusan berjaya meningkat.,” katanya.
Sementara itu, Najib juga seorang usahawan Internet sejak 2009, pelatih dan penceramah, penulis buku motivasi dan pemasaran Roket Emel, Roket Bisnes, Momentum Bisnes, Roket Pemasaran Momentum dan 4 Turbo Copywriting serta berpengalaman dalam dunia jualan sejak 2005 yang membantu kejayaannya dalam bisnes hari ini.
Lebih 38,000 usahawan telah dibantu oleh beliau dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
Beliau menjadi rujukan kepada usahawan untuk melebarkan sayap melalui pemasaran Online.
Melalui kemahiran dan ilmu beliau, ramai usahawan berjaya mencapai RM1 juta pertama dalam tempoh enam hingga 12 bulan. – MalaysiaGazette