Home Sukan Formula 1: Ferrari akan rayu penalti 5 saat

Formula 1: Ferrari akan rayu penalti 5 saat

Ferrari akan merayu terhadap hukuman penalti 5 saat ke atas Vettel sekaligus menafikan kemenangan pada GP Kanada semalam.

KANADA – Ferrari memfailkan rayuan terhadap penalti lima saat yang menafikan kemenangan Sebastian Vettel pada Grand Prix Canada semalam.

Pelumba Skuderia dari Jerman itu dikenakan penalti kerana memasuki semula litar dengan cara tidak selamat, dakwa Formula 1.

Tindakan Vettel itu juga didakwa memaksa pesaing terdekatnya, Lewis Hamilton dari Mercedes meninggalkan trek perlumbaan pada pusingan ke-48.

Vettel telah melakukan kesilapan semasa selekoh ketiga pusingan 48 atas litar sehingga memaksa Hamilton mengelak berlanggar dengan kenderaan di hadapan.

Ferrari tidak memberikan sebarang komen atas rayuan tersebut.

Ketua Pasukan Mattia Binotto berkata pihaknya tidak gembira dengan keputusan itu.

Daripada perspektif kami dia tidak dapat melakukan apa apa dalam keadaan sebegitu dan bernasib baik sebenarnya dapat kekal atas litar perlumbaan.

“Dia tidak berniat berbuat demikian, kami semua tidak bersetuju dengan tindakan F1,” katanya.

Vettel juga menegaskan keputusan sedemikian menjejaskan populariti perlumbaan itu.

Orang mahu lihat kami berlumba, keputusan tidak masuk akal sebegini sangat memalukan..

“Saya cuba mengekalkan kereta di atas trek semasa kejadian dan masa pun begitu singkat.

“Saya terpaksa membuat pembetulan menggunakan laluan berumput dan bernasib baik kereta tidak berpusing sebelum berjaya mengawalnya.

“Saya melihat cermin sisi kanan dan Lewis mengekori rapat belakang saya tetapi naib baik sebab dia sempat memandu memintas kenderaan saya,” katanya.

Hamilton pula menjelaskan peraturan F1 sedia ada menegaskan para pelumba perlu memastikan keadaan selamat apabila hendak meninggalkan litar perlumbaan.

Malah, semasa kejadian Vettel terpaksa berundur bagi mengelak berlakuperlanggaran dan keadaan itulah memaksa F1 membuat keputusan mengenakan penalti. – MalaysiaGazette