Home Nasional Malunya pengguna jalan raya Malaysia pengotor

Malunya pengguna jalan raya Malaysia pengotor

Gambar yang dimuat naik Tengku Asmadi di laman Facebooknya

KUALA LUMPUR – Seorang pakar motivasi melahirkan rasa kecewanya dengan sikap pengguna jalan raya yang mengambil jalan mudah membuang sampah dari kenderaan.

Berkongsi perasaannya di Facebook, Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, gambaran yang ditunjukkan itu jelas membuktikan bahawa Malaysia masih gagal mendidik warganya menjadi rakyat yang pembersih.

Malah, apa yang dapat disaksikan menerusi foto yang dimuat naik di laman sosial berkenaan dapat menggambarkan bahawa masih ada masyarakat yang mempunyai mentaliti pemikiran kelas ketiga, katanya.

“Jauh daripada menjadi negara maju. Viralkan biar semua sedar peri pentingnya menjaga kebersihan.

“Kalau yang melakukan kerja ini adalah orang Islam. Kita patut rasa malu sebab agama kita anjurkan sikap bersih lagi suci,” tulisnya menerusi hantaran di laman sosial itu.

Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Apa yang dikongsikan Tengku Asmadi mendapat reaksi daripada warganet dengan rata-rata menyokong pendapatnya, selain mahu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa sebagai memberi pengajaran kepada pelaku.

Malah, lebih 626 pengguna laman sosial berkenaan tidak menyukai apa yang dikongsikan oleh Tengku Asmadi itu dengan memberikan komen-komen berbentuk luahan kekecewaan.

Seorang rakan netizen, Zul Fadhli memberikan komen; “Rakyat Malaysia patut kena hukuman sebat dan kena jalankan public service; sapu sampah, cuci longkang…etc.

Seorang lagi pengguna Facebook, Hj Hamilye memberikan komen, “Ibadah bulan Ramadhan masih belum mampu mendidik hati dan daya fikir agar lebih malu untuk tidak melakukan perkara #tidak berintegriti”.

Sementara itu, Sulaiman Mohd Yusoff yang dipercayai warga Singapura berkata: “Tiada disiplin yang dikenakan. Kami rakyat Singapura zaman Lee Kwan Yew sudah terlatih dan disiplin untuk tidak membuang sampah sembarangan sehingga jika mau buang sampah harus cari tong sampah.

“Walaupun bila berada di negeri orang. Tapi, sekarang zaman Lee Hsien Loong saya lihat disiplin berkurang,” tulisnya pada ruangan komen. – MalaysiaGazette