NEW YORK – Seorang juruterbang helikopter maut selepas ia terhempas ketika mendarat di sebuah bangunan pencakar langit di Manhattan.
Kejadian tersebut menyebabkan kebakaran berlaku di atas bumbung bangunan 54 tingkat itu.
Namun tindakan pantas, api berjaya dipadamkan.
Malah, pekerja-pekerja di bangunan berkenaan turut diminta keluar daripada premis tersebut namun tiada yang cedera.
Times Square yang terletak berhampiran dengan bangunan tersebut turut merasai gegaran akibat nahas tersebut, kata Gabenor New York, Andrew Cuomo.
Beberapa warga New York berkata, mereka berada dalam gangguan pasca tekanan trauma sejak kejadian 11 September apabila mendengar berita nahas membabitkan pesawat di Manhattan.
Juruterbang yang maut itu dikenali sebagai Tim McCormack dan beliau merupakan satu-satunya individu yang dalam helikopter Agusta A109E dua engin semasa kejadian tersebut, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.
Kejadian yang berlaku pada pukul 2 petang itu berlaku ketika hujan dan kabus di Seventh Avenue.
Gabenor berkata, setakat ini tiada unsur-unsur khianat tetapi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan masih menyiasat punca nahas. – MalaysiaGazette