Home Nasional Kes SRC International: Ismee sambung keterangan

Kes SRC International: Ismee sambung keterangan

Ismee Ismail 1MDB SRC International Jho Low Taek Jho Najib Razak trial boss bossku TIA Terengganu Steering Committee Jho Low Taek Jho
Fomer Board Member of SRC International and former Non-Executive Director of 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail.

KUALA LUMPUR – Hari ke-22 perbicaraan SRC Internationl melibatkan penyelewengan  dana sebanyak RM42 juta selain pecah amanah mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail menyambung keterangan.

Najib yang tiba tepat 8.50 pagi tadi memakai kelabu kelihatan tenang masuk ke bilik perbicaraan di tingkat lima ditemani beberapa penyokong sebelum prosiding bermula di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali tepat 9.05 pagi ini.

Perbicaraan terus menyambung soal balas keterangan Ismee yang merupakan saksi ke-39.

Bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC itu semalam mendedahkan bahawa pihaknya (Lembaga Pengarah) telah membuat lawatan ke sebuah bank di Lugano, Switzerland untuk memastikan dana milik syarikat itu disimpan dengan selamat, pada September 2013.

MGF11062019_Mahkamah Najib_03
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perbicaraan kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 JUN 2019.

Ismee berkata seluruh ahli lembaga pengarah syarikat itu pergi ke ibu pejabat Bank BSI Limited, yang kini dikenali sebagai EFG International di Lugano, Switzerland untuk memastikan dana yang disimpan masih ada di bank.

Ketika ditanya tentang satu minit mesyuarat yang menyebut sebahagian wang di Switzerland dibawa pulang pada sesi lawatan itu, Ismee berkata ia dibawa pulang kerana masih belum digunakan untuk pelaburan yang sepatutnya.

Jelas beliau, antara bahagian wang yang dibawa pulang adalah dana yang masih belum dilaburkan untuk usahasama dengan syarikat pelaburan Abu Dhabi, Aabar Investments.

Ismee yang juga bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengakui meletak jawatan lebih awal kerana tidak dapat berkompromi dengan cara urus tadbir syarikat SRC International ketika masih menerajuinya.

Ismee berkata, beliau ingin meletakkan jawatannya sejak Mei 2014 tetapi tarikh peletakan jawatannya berkuat kuasa 15 Ogos 2014.

Kepada soalan mengenai pinjaman kedua SRC berjumlah RM2 billion, saksi itu berkata merujuk minit mesyuarat ahli Lembaga Pengarah SRC bertarikh 20 Dis 2012, juga terdapat tandatangan Menteri Kewangan Diperbadankan ketika itu iaitu Najib.

Ismee turut mengesahkan minit mesyuarat bagi tahun 2011 dan 2012, di mana beliau yang mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah akan menandatangani setiap minit mesyuarat tersebut.- MalaysiaGazette