Home Ekonomi Rizab BNM AS$102.3b setakat akhir bulan lalu

Rizab BNM AS$102.3b setakat akhir bulan lalu

Bank Negara
Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak AS$102.3 bilion pada 31 Mei 2019, susut berbanding AS$102.8 bilion pada 15 Mei lalu.

Bank Pusat itu berkata, paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette