Home Ekonomi OPEC dijangka lanjutkan pemotongan pengeluaran minyak

OPEC dijangka lanjutkan pemotongan pengeluaran minyak

OPEC

MONTREAL – Ahli-ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) hampir mencapai persetujuan untuk melanjutkan pengeluaran minyak, kata Menteri Tenaga Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bercakap di Forum Ekonomi Antarabangsa di Amerika Syarikat, Suhail bin Mohammed al-Mazroui berkata, melihat kepada inventori minyak sedia ada, penguncupan keluaran harus dilaksanakan atau dilanjutkan sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini.

“Keputusan yang tepat akan dibuat,” kata al-Mazroui, sambil menyatakan beliau memilih untuk terus hadkan pengeluaran minyak.

Pada tahun lalu, OPEC dan sekutu-sekutunya termasuk Rusia bersetuju untuk mengurangkan bekalan sebanyak 1.2 juta tong sehari mulai Januari lalu bagi mengelakkan lebihan bekalan.

Tempoh pengurangan untuk selama enam bulan.

Walaupun OPEC dan sekutu mengurangkan output, pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat terus meningkat dan beberapa penganalisis meramalkan pertumbuhan ekonomi yang lemah akan mengurangkan permintaan minyak.

Pengeluar syal Amerika Syarikat bulan ini akan menambah 83,000 tong minyak sehari kepada 8.49 juta tong sehari, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga pada bulan lepas.

“Saya fikir permintaan minyak akan kekal kukuh pada 2020,” kata al-Mazroui dalam temu bual di luar forum ekonomi.

OPEC akan bertemu pada 25 Jun ini, disusuli perbincangan dengan sekutu-sekutunya termasuk Rusia pada 26 Jun.

Tetapi Rusia mahu pertemuan itu ditukar tarikh kepada 3 hingga 4 Julai dan Riyadh bersetuju tetapi dibantah oleh Iran. – MalaysiaGazette