Home Nasional Ini ala Saiful Bukhari 2.0 – Penganalisis

Ini ala Saiful Bukhari 2.0 – Penganalisis

Temubual bersama Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhammad Nadzri Mohames Nor di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 12 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Penyebaran tiga video intim melibatkan individu mirip menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) pada Selasa dan satu lagi video lewat petang semalam boleh digambarkan sebagai usaha ala Saiful Bukhari 2.0.

Menurut penganalisis poli tik, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Nor, ia boleh dianggap sebagai cubaan ke arah itu apabila terdapat pengakuan secara terbuka oleh individu yang dikaitkan dalam video seks berkenaan.

“Cubaan untuk membuat isu Saiful Bukhari 2.0 itu mungkin. Video ini mungkin salah satu game yang dikeluarkan dalam misi untuk melaga-lagakan persefahaman dalam kerajaan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

MGF12062019_TEMBUAL PENSYARAH UKM08
Temubual bersama Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhammad Nadzri Mohames Nor di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 12 JUN 2019

Dr Muhamad Nadzri merujuk kepada penularan empat video seks sejenis yang tersebar di media sosial sejak Selasa lalu yang melibatkan individu yang mirip kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Mengulas lanjut, beliau berkata ia boleh dikaitkan dengan golongan yang tidak senang dengan persefahaman yang dicapai antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam proses penyerahan kuasa yang berbaki setahun lagi.

“Saya jangka ini datang dalam pasukan PH tetapi daripada pasukan luar.

“Mereka ingin meneruskan ketisefahaman itu berlangsung. PH rasanya berlapang dada dan berbesar hati untuk bersihkan nama mereka dan kaji hal ini sebaiknya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pensyarah kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut berkata, masyarakat tidak perlu terus menilai penyebaran video seks berkenaan dan terus menjatuhkan hukuman.

MGF12062019_TEMBUAL PENSYARAH UKM02
Temubual bersama Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhammad Nadzri Mohames Nor di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 12 JUN 2019

Malah katanya, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi memastikan kebenaran muncul di hujung ‘terowong’.

“Kalau tuduhan itu berasas dan fakta, siasatan perlu dilakukan samada pada yang menuduh dan dituduh, saya fikir ini salah laku jenayah dan bukannya salah laku rasuah,” jelas beliau.

Untuk rekod, Saiful Bukhari Azlan adalah individu yang dikaitkan dengan kes liwat dua, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008. -MalaysiaGazette.