Home Nasional Hotel Jamal pula disita MDSB

Hotel Jamal pula disita MDSB

Beginlah keadaan Sekin Seafood, Hotel & Resort yang disita Majlis Perbandaran Sabak Bernam.

Dalam masa Datuk Seri Jamal Md.  Yunos sibuk berhadapan dengan Ratu Naga, hotel  miliknya di Sekinchan telah disita oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu, selain disita, beberapa binaan hotel yang sama juga telah dirobohkan oleh MDSB.

Jamal menganggap itu merupakan arahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu ‘membalas dendam’.

Difahamkan, MDSB melakukan kerja-kerja merobohkan binaan itu kerana mendakwa hotel milik Jamal menjalankan operasi tanpa permit.

Menurut Jamal, Hotel Sekin Fisherman Village Hotel & Resort sudah beroperasi selama lima tahun dan mengaku tidak mendapat permit daripada kerajaan negeri walapun  permohonan sudah dihantar sejak lima tahun lagi

“Saya percaya tindakan itu merupakan cara MB Selangor balas dendam,” katanya yang akan bertindak balas dengan pihak berkuasa tempatan itu esok.–MalaysiaGazete