Home Nasional Rumah keluarga Haziq diceroboh “polis Bukit Aman”

Rumah keluarga Haziq diceroboh “polis Bukit Aman”

Haziq Abdullah Abdul Aziz

KUALA LUMPUR- Kediaman keluarga lelaki yang mengaku melakukan hubungan songsang dengan seseorang mirip menteri kanan, Haziq Abdullah Abdul Aziz telah diceroboh oleh lima lelaki pada jam 5 petang, semalam.

Susulan itu, bapanya Abdul Aziz Ibrahim telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada jam 1 pagi tadi.

Dalam laporannya, Abdul Aziz berkata, lima lelaki yang mendakwa pegawai polis dari Bukit Aman telah masuk ke dalam rumah mereka.

“Saya sangsi dengan perlakuan mereka bagaimanapun bersetuju dengan permintaan mereka dan telah menandatangani beberapa keping borang seperti yang diarahkan tanpa memeriksanya terlebih dahulu,” katanya.

Haziq kemudiannya memuat naik sekeping foto laporan polis berkenaan ke akaun Facebooknya dengan kapsyen “jangan ganggu keluarga saya dan hadapilah kenyataan.”

Hantaran berkenaan bagaimapun telah dipadam daripada akaun Facebook Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan Utama itu.

Rabu lepas, Haziq membuat pengakuan bersumpah bahawa dia dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali adalah dua individu yang dirakam dalam sebuah video intim yang tersebar awal minggu ini.

Azmin bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Ada episod dua video intim mirip menteri

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/13/saya-kenal-haziq-dari-jauh-azmin/

Haziq mengaku dirinya dalam video tular