Home Sukan Selamat tinggal Chelsea – Sarri

Selamat tinggal Chelsea – Sarri

Maurizio Sarri . foto Agensi

LONDON – Maurizio Sarri sah menjadi pengurus baharu Juventus selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Sarri, 60, yang menggantikan Massimiliano Allegri bakal menerima bayaran 6.2 juta pound (RM32 juta).

Juara Itali itu perlu membayar yuran pampasan bernilai 7 juta pound (RM36 juta) kepada Chelsea.

Sebelum ini rundingan kedua-dua kelab itu menemui jalan buntu sehingga melibatkan campur tangan pengarah Chelsea, Marina Granovskaia dan pengarah sukan Juve, Fabio Paratici.

Ini kerana pengendali kelahiran Itali itu memiliki baki kontrak selama dua tahun dengan nilai 5 juta pound (RM26 juta) setahun dan The Blues bertegas mahu mendapat pampasan yang berbaloi.

Minggu lalu, Real Madrid membayar 150 juta pound (RM792 juta) untuk Eden Hazard walaupun pemain Belgium itu mempunyai kontrak setahun di Stamford Bridge.

Difahamkan Chelsea kini berminat untuk mendapatkan Frank Lampard bagi mengisi jawatan pengurus The Blues. – MalaysiaGazette