Home Utama Haziq bakal bebas dengan jaminan polis

Haziq bakal bebas dengan jaminan polis

Haziq Abdullah Abdul Aziz

KUALA LUMPUR- Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam dijangka dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Menurut peguamnyam Ramesh Sivakumar, beliau telah dihubungi oleh pegawai penyiasat ASP Khairul yang mengatakan Haziq telah dibawa ke Balai Polis Batu 9 Cheras sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

“Menurut pegawai penyiasat berkenaan, Haziq tidak akan direman sebaliknya akan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Haziq Abdullah ditahan selepas disyaki melakukan seks songsang, menyebarkan bahan lucah dan menye

Beliau sebelum itu mengaku salah seorang daripada dua individu dalam video intim yang tersebar awal minggu lalu.

Haziq Abdullah juga menuduh seorang lagi individu dalam video berkenaan adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.- MalaysiaGazette