Home Nasional Azmin tersentuh dengan nasihat Mufti Wilayah

Azmin tersentuh dengan nasihat Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terharu dengan nasihat dan pesanan Mufti Wilayah Persekutuan kepadanya.

“Saya amat terharu dengan pesanan dan nasihat Mufti Wilayah Persekutuan untuk saya dan keluarga tatkala badai fitnah mengganas.

“Pertemuan petang semalam memperkukuh semangat saya untuk meneruskan khidmat demi umat dan negara,” katanya dalam twitternya hari ini.

Mufti berkenaan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebelum itu turut mengeluarkan kenyataan berbentuk nasihat dan mengingatkan bahaya fitnah berhubung isu penularan video seks luar tabie yang tular baru-baru ini.

Selain menasihati Mohamed Azmin beliau turut menasihati bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku melakukan perkara sumbang dalam video berkenaan.

Beliau juga mengaitkannya dengan Mohamed Azmin.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin jug mengaku tersentuh dengan nasihat Mufti Wilayah kepadanya dan keluarga.- MalaysiaGazette