Home Seni Hidup Abby beri semangat kepada Erra

Abby beri semangat kepada Erra

Abby Abadi kini memiliki sepasang anak angkat.

KUALA LUMPUR- Pelakon Abby Abadi memberi memberi nasihat dan semangat buat rakan seperjuangannya, Erra Fazira yang kini berdepan kontroversi.

Kata-kata itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Jelas Abby, Erra kini sedang berdepan ujian dan berharap agar tidak berputus asa dan sentiasa bersikap positif. Kita sayang Kak Erra kita, dulu, kini dan selamanya.

“Bahagian saya lain, bahagian akak lain pula tapi kena terus kuat okay kakakku,” tulisnya.

Erra kini berdepan kontroversi apabila rakan baiknya, Datin Seri Umie Aida meluahkan perasaannya dikhianati seorang sahabat menerusi media sosial beberapa hari lalu.

Walaupun tidak menyebut siapakah gerangan sahabat terbabit, ramai yang mendakwa Erra merupakan individu yang dimaksudkan oleh Umie apabila mereka sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Semalam, Erra tampil memohon maaf kepada Umie menerusi ruangan IG Story miliknya. – MalaysiaGazette