NEW YORK – Beberapa tayar pesawat United Airlines meletup ketika mendarat di lapangan terbang Newark, New Jersey menyebabkan kelewatan penerbangan, namun tidak seorang daripada 166 penumpang cedera, kata para pegawai.
Penerbangan United 627 dari Denver terkandas di landasan selepas ia ‘mengalami beberapa tayar pancit’ semasa mendapat pada jam 1 tengahari waktu tempatan, menurut kenyataan akhbar syarikat penerbangan itu.
Penumpang berjaya dibawa keluar daripada pesawat dengan selamat dan pasukan perubatan berada di lokasi sebagai langkah berjaga-jaga, katanya.
Menjelang pukul 6 petang, lebih 400 penerbangan yang dijadual berlepas dan mendarat di lapangan terbang tersebut sama ada dibatalkan atau dilewatkan, menurut laman sesawang Flightware.com.
Petunjuk awal mendapati tayar sebelah kiri pesawat Boeing, B757, meletup ketika mendarat dan ia berpusing ke sebelah kiri landasan, menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
United Airlines berkata, tiada penumpang yang perlu dibawa ke hospital dan merka yang mengalami kecederaan ringan enggan mendapatkaan rawatan. Syarikat penerbangan itu berkata, ia sedang menilai kerosakan pesawat.
Katanya, pesawat tersebut kekal di landasan ketika mendarat. Terdahulu FAA berkata, pesawat tersebut tersasar daripada landasan. – Agensi