KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri bersetuju untuk menawarkan tempat kepada para pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk mengikuti Program Matrikukasi Kementerian Pendidikan Sesi 2019/2020.
Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, keputusan itu akan diumumkan pada jam 12 tengah hari esok.
Para pelajar yang telah membuat permohonan dan mengemukakan rayuan boleh menyemak keputusan di laman sesawang www.moe.gov.my. – MalaysiaGazette