BEIJING – Anak panda paling ringan telah dilahirkan di Chengdu.
Pusat Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu berkata, anak betina panda itu dilahirkan seberat sebiji telur ayam pada Selasa lalu.
Ibu anak panda itu berusia lapan tahun.
“Pada 2.41 petang, Chengda melahirkan seekor anak seberat 171.9gm. Pada 6.08 petang, ia melahirkan seekor anak lagi yang beratnya 42.8gm, kurang daripada seperempat berat anak panda yang awal.
“Kehidupannya adalah keajaiban dalam pembiakan buatan panda, ” kata jurucakapnya, Zhang Zhihe.
Menurutnya, pakar-pakar dan penjaga panda terkejut apabila berat bayi haiwan itu hanya 42.8 gram – sangat ringan berbanding berat purata. – MalaysiaGazette