MELBOURNE – Dua pesawat ringan bertembung di udara ketika semakin hampir dengan sebuah lapangan terbang di New Zealand.
Nahas itu mengorbankan kedua-dua juruterbang.
Empat penerjun payung di salah satu kapal terbang berjaya melompat keluar sejurus sebelum ia terhempas dengan pesawat lain.
Difahamkan kejadian itu berlaku semasa kedua-dua pesawat itu dalam latihan.
Sebuah helikopter lain yang juga sudah siap sedia mendarat berjaya mengelak perlanggaran tersebut.
Polis berkata, kedua-dua pesawat itu jatuh dan terhempas di Aerodrome Hood di bandar Masterton.
Setakat ini belum ada maklumat tentang punca nahas.
Tetapi beberapa saksi memberitahu, mereka terdengar bunyi kuat dan melihat kapal terbang berkenaan jatuh.
Salah satu pesawat milik Skydive Wellington manakala yang lain Wairarapa Aero Club. Aerodrome Hood dimiliki dan dikendalikan oleh Majlis Daerah Masterton. – MalaysiaGazette