Home Seni Hidup Abam cari individu pertikai status anak

Abam cari individu pertikai status anak

KUALA LUMPUR – Dalam kegembiraan pelawak Abam dan pasangan menimang cahaya mata lelaki pada Jumaat lalu, perasaan itu dirosakkan oleh kerana serangan kata-kata netizen di media sosial yang dianggapnya keterlaluan.

Ketika Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan berkongsi khabar gembira itu di Instagram, timbul komen yang mempertikaikan status anaknya bersama pasangan Siti Norhidayah Mohd Ali.

“La ke? Kena check DNA tu,” tulis seorang individu pada status perkongsian berita kelahiran cahaya mata Abam.

Mengaku tersinggung dengan kata-kata itu, Abam meluahkan keinginannya untuk bertemu secara empat mata dengan individu itu.

Namun beliau memberi jaminan tidak akan berkasar meskipun lelaki itu disifatkannya telah menghina isternya.

“Insyallah saya pergi jumpa beliau… Bukan niat nak gaduh nak pukul… Just nak cium pipi jer… InsyaALLAH… Kalau nak kata saya pendek ke kecil ke ape sekalipon… Saya xterasa sangat…

“Tapi mempertikai status anak saya seolah isteri saya berzina dengan orang lain dan saya mengaku tu anak saya…. Itu sangat dahsyat…

“InsyaALLAH jangan risau syaa xkan berkasar cuma nak jumpa cium pipi jer… Semoga dipermudahkn urusan saya,”katanya.

Untuk rekod, Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Jumaat lalu. – MalaysiaGazette