MOSCOW – Seekor beruang kutub yang kelaparan dan keletihan ditemui sedang melegar-legar di bandar utara Norilsk, Rusia, yang terletak beratus-ratus kilometer dari habitat semulajadinya.
Norilsk adalah bandar paling utara di dunia.
Beruang betina yang dipercayai tersesat itu berlegar di sekitar sebuah kilang.
Pakar-pakar hidupan liar kemudian datang dan memeriksanya.
Perubahan iklim telah merosakkan habitat kutub kutub, memaksa beruang-beruang kutub mencari makanan di darat.
Perubahan iklim telah menjejaskan habitat beruang kutub hingga memaksa haiwan itu memasuki bandar-bandar dan perkampungan di wilayah artik Rusia.
Pada bulan Februari lalu, Rusia terpaksa mengumumkan darurat di wilayah itu selepas berdozen-dozen beruang kutub memasuki bandar dan perkampungan.
Pada tahun 2016, pasukan bantuan terpaksa dihantar bagi menyelamatkan lima saintis Rusia yang dikepung oleh beruang kutub selama hampir dua minggu di stesen cuaca di Kepulauan Troynoy di Artik.
Kehadiran beruang-beruang itu telah menghalang para saintis melakukan beberapa pemerhatian, malah anjing milik saintis juga terbunuh. – MalaysiaGazette