Home Dunia Belanda akan mulakan perbicaraan suspek tembak MH17

Belanda akan mulakan perbicaraan suspek tembak MH17

Keadaan bangkai-bangkai pesawat MH17 yang bertaburan dan manjadi tumpuan orang ramai semasa tinjauan di lokasi tragedi MH17 terhempas di Ukraine. Krew MalaysiaGazette berada Grovova, Ukraine pada 22 Julai 2014. Foto : NOOR ASREKUZAIREY SALIM

NIEUWEGEIN, Belanda – Penyiasat antarabangsa menetapkan pada hari Rabu untuk prosiding jenayah terhadap suspek-suspek yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Flight MH17 di timur Ukraine hampir lima tahun yang lalu.

Pasukan antarabangsa yang diketuai oleh Belanda telah diberi tanggungjawab untuk untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa berhubung progres kes tersebut pada pagi Rabu dan diikuti taklimat kepada media.

Stesen televisyen RTL dan NOS melaporkan pada minggu lalu bahawa penyiasat akan mendedahkan nama-nama individu yang menjadi suspek dalam kes tersebut.

Laporan Interfax Ukraine pada hari Selasa memetik Timbalan Menteri Luar Ukraine, Olena Zerkal dalam satu wawancara mengatakan pendakwa akan menamakan empat suspek utama.

MH17 ditembak pada 17 Julai 2014 di ruang udara wilayah yang dikuasai oleh pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Semua 298 orang penumpang dan anak kapal terbunuh.

MH17
Tinjauan di lokasi kejadian tragedi MH17 di Grovova, Ukraine pada 23 Julai 2014. Foto : NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Kebanyakan mangsa ialah warga Belanda.

Susulan kejadian itu, satu pasukan penyiasatan bersama yang dibentuk pada tahun 2014 yang dianggotai oleh Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine.

Dalam siasatan itu mendapati pesawat malang itu ditembak oleh peluru berpandu buatan Rusia.

Kerajaan Rusia menafikan telah memberi sokongan kepada pemberontak pro-Rusia yang melancarkan penentangan ke atas tentera kerajaan Ukraine.

Malah Moscow juga menafikan sebarang penglibatan menembak jatuh MH17.

Tahun lalu Presiden Rusia, Vladimir Putin menamakan MH17 sebagai “tragedi yang mengerikan” tetapi mengatakan Moscow tidak boleh dipersalahkan dan ada penjelasan lain berhubung nahas itu.

Namun, Kerajaan Belanda dan Australia mempertahankan bahawa Rusia perlu bertanggungjawab.

Pendakwa sebelum ini mengatakan sistem peluru berpandu yang menembak pesawat MH17 itu adalah dari Briged Anti-Pesawat Udara Rusia 53, yang berpusat di bandar barat Kursk.

Langkah seterusnya adalah untuk mengenalpasti pelaku dan membicarakannya.

Belanda mengatakan Rusia tidak bekerjasama dengan siasatan dan Moscow dijangka tidak akan menyerahkan suspek.

Tetapi pihak berkuasa Belanda memberitahu suspek boleh dibicarakan tanpa kehadirannya. – MalaysiaGazette