UNITED KINGDOM – Universiti Oxford menerima sumbangan sejumlah 150 juta pound daripada seorang jutawan bagi mewujudkan sebuah institut baharu yang akan mengkaji etika kecerdasan buatan (AI).
Stephen Schwarzman, adalah seorang jutawan ekuiti persendirian dari firma Blackstone, pernah menjadi penasihat kepada presiden-presiden Republikan termasuk Donald Trump.
Bangunan baharu untuk kajian kemanusiaan akan menempatkan institut tersebut.
Kerajaan United Kingdom (UK) berkata, sumbangan itu merupakan pelaburan yang “penting secara global” di Britain.
Pada ketika universiti menghadapi ketidakpastian pendanaan penyelidikan kerana Brexit dan sumbangan itu besar ertinya kepada Universiti Oxford.
Menurut Schwarzman, sumbangannya itu kerana berpendapat AI adalah isu utama dalam keadaan sekarang.
Pada masa ini, kebanyakan kerajaan tidak bersedia untuk menangani perkara ini dan mengapa ia berlaku memandangkan ia adalah jenis teknologi yang berbeza.
“Mereka perlu bergantung kepada universiti hebat seperti Oxford dan orang lain di seluruh dunia yang pakar dalam membantu mereka perlu memikirkannya,” katanya.
Schwarzman berkata, universiti perlu membina rangka etika kerja untuk perubahan yang berlaku dengan cepat.
Sesetengah ahli ekonomi telah memberi amaran bahawa pengembangan kecerdasan buatan boleh memberi impak besar kepada masyarakat – termasuk kehilangan pekerjaan kerana automasi – dalam apa yang kadang-kadang dipanggil “revolusi perindustrian keempat”.
Akademik juga telah membangkitkan kebimbangan mengenai potensi kegunaan berniat jahat dalam peperangan siber dan menggulingkan demokrasi. – MalaysiaGazette