KUALA LUMPUR – Juan Mata menamatkan teka teki masa depannya yang tidak menentu selama ini apabila menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United.
Kontraknya berakhir hujung Jun ini tetapi mengikat kontrak tiga tahun untuk kekal sehingga tahun 2022 di Old Trafford.
Inter Milan mengintai rapat perkembangan bintang sayap itu bagaimanapun Mata mengambil ketetapan untuk berbakti kepada Red Devils.
Lazimnya setiap pemain di penghujung kontrak disambung kontrak setahun.
Bagaimanapun, kontrak luar biasa bertempoh tiga tahun yang ditawarkan kepada Mata oleh pengurusan tertinggi Theatre of Dreams memberi kejutan menggembirakan para penyokong kelab itu.
Mata merupakan pakar sayap kanan pasukan sejak berhijrah dengan nilai 37.1 juta pound dari Chelsea pada tahun 2014.
Di bawah perancangan pasukan baharu Ole Gunnar Solskjaer, Mata bakal menyahut peranan baharu posisi menyerang bermula musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/2020 yang akan membuka tirai menentang bekas pasukannya Chelsea pada 12 Ogos ini.
Solskjaer percaya bintang Sepanyol itu masih bersengat walaupun sudah berusia 30-an.- MalaysiaGazette