Home Nasional Anak Mat Sabu sudah didakwa

Anak Mat Sabu sudah didakwa

Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Anak lelaki Menteri Pertahanan telah didakwa di mahkamah pada Khamis lalu.

Berdasarkan laporan beberapa portal, Ahmad Saiful Islam Mohamad itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Anak Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu dan Presiden Parti AMANAH itu dikatakan tidak mengaku bersalah dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000.

Difahamkan, dia akan dibicarakan pada 9 Julai di mahkamah yang sama.

Pada 5 Januari lalu, Ahmad Saiful Islam ditahan pihak berkuasa dalam satu serbuan di pusat hiburan di Ampang dan didapati positif dadah dalam ujian saringan.

Terdahulu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan undang-undang.- MalaysiaGazette