Home Ekonomi Rizab Persekutuan bersedia turunkan kadar faedah bulan depan

Rizab Persekutuan bersedia turunkan kadar faedah bulan depan

WASHINGTON – Rizab Persekutuan pada Rabu berkata mereka telah bersedia untuk mengharungi risiko-risiko ekonomi global dan domestik yang semakin berkembang dengan mengurangkan kadar faedah seawal bulan depan berikutan peningkatan ketegangan perdagangan dan kebimbangan terhadap penyusutan inflasi.

Walaupun bank pusat Amerika Syarikat masih belum mengubah penanda aras kadar faedah mereka ketika ini, perubahan sentimen dapat dilihat sejak kali terakhir mesyuarat polisi diadakan.

Kebanyakan pembuat dasar Rizab Persekutuan menurunkan unjuran kadar bagi baki tahun ini kepada hampir separuh mata peratusan manakala Pengerusinya, Jerome Powell berkata, yang lain pula-pula bersetuju untuk menurukan kadar faedah.

Walaupun pertumbuhan ekonomi dijangka berterusan, Powell berkata, kebimbangan pembuat-pembuat dasar mula meningkat dalam tempoh beberapa minggu lalu sejak mesyuarat terbaharu pada awal Mei lalu.

Ini ditambah dengan pendekatan tidak terduga oleh Presiden Donald Trump berhubung perang perdagangan dengan China dan beberapa negara lain. – Agensi