Home Seni Hidup Aliff Aziz meroyan dengan Bella?

Aliff Aziz meroyan dengan Bella?

Penyanyi Aliff Aziz bersama bekas isterinya, Bella Astillah.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz terus berkongsi status yang menimbulkan pertanyaan seolah-olah dia masih menagih kasih bekas isterinya, Bella Astillah.

Menerusi Instagram miliknya, Aliff memberi ucapan sayang buat Bella pula sebelum memuat naik gambar ‘throwback’ hari perkahwinan mereka.

“Dia mencuri hati saya sejak hari pertama dilahirkan. Apapun yang dikatakan , saya akan terus berjuang.

“Doakan ayah tatkala melalui fasa in untuk menjadi yang terbaik. Saya sayang kamu berdua. Kamu tahu siapa,” tulis Aliff pada ruangan kapsyen gambar anaknya, Ayden Adrean.

Pada entri tersebut Aliff juga menggunakan #MrMrsAliffAzizJr yang menggambarkan kasih sayang kepada Bella dan anaknya.

Aliff dan Bella bernikah pada September 2016.

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Pasangan ini sah bercerai pada 16 Mei lalu. – MalaysiaGazette