LONDON – Bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane akhirnya menamatkan zaman bujang apabila mengahwini kekasihnya, Kate Goodland dalam satu majlis ringkas namun mewah semalam.
Penyerang England itu berkongsi berita gembira itu dengan pengikutnya di Instagram.
“Akhirnya saya dapat berkahwin dengan kawan baik ! Saya cinta kamu @KateGoodlandx,” tulis Kane pada kapsyen gambar perkahwinannya.
Pasangan yang berkawan baik sejak kecil itu bertunang pada Julai 2017, dua bulan selepas memperkenalkan anak perempuan mereka, Ivy Jane kepada umum.
Mereka menyambut anak kedua, Vivienne Jane pada Ogos tahun lalu.
Kane dan Kate lebih suka merahsiakan hubungan mereka pada masa lalu dan hanya berkongsi beberapa keping gambar bersama di media sosial masing-masing. – MalaysiaGazette