Home Nasional Latheefa nafi arah jemaah haji pulang wang tajaan

Latheefa nafi arah jemaah haji pulang wang tajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menafikan beliau telah mengarahkan jemaah haji yang ditaja pada tahun 2011 hingga 2018 memulangkan semula wang tajaan itu.

Kenyataan palsu yang tular dalam laman sosial Twitter itu turut mengarahkan jemaah haji memulangkan semula wang dalam tempoh 30 hari atau berdepan tindakan.

“Ini adalah palsu!,” katanya dalam akan Twitter.

Jumaat lalu, SPRM mengumumkan agensi itu berjaya menfailkan permohonan lucut hak ke atas 41 individu dan entiti bagi tujuan mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar daripada salah guna kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermilai RM270 juta. – MalaysiaGazette